Sebanyak 144 kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) dilaporkan di Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk bagi tempoh minggu epidemiologi (ME) ke-17 tahun ini.<br /><br />Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau Negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, ia peningkatan sebanyak 7.5 kali ganda berbanding ME yang sama pada tahun lepas, iaitu hanya 17 kes.
